Wednesday, October 20, 2010

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


Falsafah Pendidikan Guru (FPG) 
Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Matlamat FPG
-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
-Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
-Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Guru.
  “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

No comments:

Post a Comment

Serious Problems With Radiometric DATING